Pernah korang buat video. Tak kira la pakai software apa pun. 10 minit dalam dunia realiti tak sempat nak habis karaoke dua buah lagupun. Tapi dalam pembuatan video, 10 minit adeh!! lama sangat lah. Timeframe dikira dalam saat!. Sebab tu masa mesyuarat aku macam berat je nak kata boleh untuk sepuluh minit tu. Boleh tu memang boleh, karang aku letak gambar yang sama ulang-ulang kali korang kata aku sakit pulak!
Bahan pulak kena la banyak, dengan gambarnyer, dengan faktanyer, dengan muzik dan audionyer. Semua tu memerlukan kesabaran dan kebolehan yang jitu. Chewah! Gambar-gambar yang aku dapat pulak sikit sangat, aku cari dalam facebook kawan-kawan kot-kot ade terselit gambar yang dirai, dapatla sekeping dua. Ermmm.. Apa lagi ye aku nak letak kasi panjang. 10 minit dah macam 10 tahun aku rase. Takpela aku rekod suare aku sendiri karang. Sabarjelah. Aku dah ngadap pinacle HD ni sejak pukul 10 pagi tadi, sekarang dah hampir pukul 3.30 petang. Bila keluar bilik ni, confirm tinggal kereta aku, kereta juruteknik aku, budak-budak pejabat dan mak guard. Yang lain semua dah balik. Itupun kerja aku masih belum siap-siap.
Oh lupa pulak! Pinacle adalah salah satu software untuk membuat video persembahan. Software ini mudah tetapi yang HD aku guna ni memerlukan komputer yang powerful jugak, kalau RAM di bawah PAR tu, maka akan selalulah la hang! Sangat mudah digunakan, hanya memerlukan kesabaran dan sedikit kreativiti. Yang lain semua pinacle boleh buat. Aku ade jugak proshow producer, dan movie maker, tapi Pinacle lebih menambat hati aku.
Lepasni naik pejabat kawan-kawan tanya pulak, buat ape nih lama-lama tak balik lagi?? ishk! ishk! kerje kerje.
Diharap semasa tayangan dihari bersejarah korang terimalah video ni seadanya ek? Komen-komen membina yang boleh menaikkan semangat aku sebagai insan seni sangat dialu-alukan.
Sekian wartawan sepaku melaporkan
P/S: Boleh ke Post macamni bos?
Incoming search terms:
McAfee merupakan antivirus berbayar yang akan melindungi komputer anda dari ancaman virus. Walaubagaimanapun ada juga versi percuma McAfee yang tidak mempunyai perlindungan real time tetapi sangat berguna dalam menghilangkan virus komputer, worm, Trojan dan malware.
Walaupun versi Portable antivirus McAfee ni ringkas tetapi sangat berkesan untuk menghapuskan virus yang kadang-kadang tidak boleh dibuang oleh antivirus berbayar yang lain.
Cara menggunakan Stinger McAfee Labs
1. Download versi terkini (stinger10101096.exe) Stinger McAfee dari laman web McAfee.
2. Klik dua kali pada files stinger.exe yang telah didownload tadi untuk menjalankan software.
3. Software Stinger akan dibuka dan akan terbuka dan memaparkan drive lalai untuk mengimbas. Anda boleh menambah drive lain untuk mengimbas jika diperlukan.
4. Klik Scan Now untuk mula mengimbas drive dan folder yang dipilih.
5. Imbasan virus akan dimulakan, setiap ancaman yang dikesan akan dibuang secara automatik.
Labs McAfee Stinger hanyalah portable antivirus yang sesuai digunakan pada flash drive USB dan drive multimedia. Ianya tidak boleh digunakan sebagai pengganti untuk program anti-virus penuh kerana tidak mempunyai real-time scanning bagi melindungi komputer dari serangan virus.
Incoming search terms:
Hi korang apa khabar? Sihatlah hendaknya lagi-lagi bulan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi. Hehe jangan masa ni la gastrik menyerang…

Sementara menunggu perisian Blogwalking versi 2 siap, aku telah update sedikit untuk versi pertama. Kali ini tidak perlu lagi install, hanya perlu unzip dan terus boleh digunakan.
Versi 1.6:
-Telah diuji menggunakan 10 ribu link tanpa masalah
-Masalah double link telah diperbaiki
-Ubah sedikit interface perisian
-Add link telah diperbaiki
Download blogwalking v1.6
P/s: Untuk Blogwalking versi 2 bolehlah beri idea apa yang perlu ditambah untuk memantapkan lagi perisian ni.
Incoming search terms:
Hi geng…
Tak sangka mendapat sambutan juga perisian Blog Walking yang aku buat, jadi aku bercadang untuk meneruskan ke version 2 pula. Untuk version 2 ni aku tak nak la buat terburu-buru, aku ingin mendapatkan pandangan kawan-kawan apa yang perlu ditambah untuk version 2 ni.
Function yang mungkin aku akan letak untuk version 2:
1. Link-link akan diletakkan didalam kategori, contohnya untuk blogspot dalam 1 kategori, untuk wordpress dalam 1 kategori ataupun chatbox Shoutmix 1 kategori dan begitu juga Cbox.
2. Ada function auto download link dari blog.sepaku.net, jadi dengan 1 klik sahaja boleh update link-link dalam simpanan aku.
3. Interface yang nampak lebih profesional
4. Untuk no 4 dan seterusnya korang tolonglah berikan idea….
* Perisian blogwalking ni aku rasa tak sesuai la kalau letak auto submit kat shoutbox kerana kalau buat macam tu dah takde sapa lagi nak main blogwalking. So lagi elok cari cara yang memudahkan kita buat blogwalking dengan cara jujur tetapi teratur dan lebih efisiyen. Tujuan kita blogwalking pun untuk tarik pengunjung ke blog kita dan secara tidak langsung membantu tambah hits trafik blog kawan-kawan yang lain.
Mungkin aku akan siapkan dalam masa 1-2 bulan untuk version baru ni.
Incoming search terms:
Salam kawan-kawan,
Buat kawan-kawan yang rajin membuat blog walking, aku ada perisian yang aku buat untuk diri aku sendiri. Perisian ini takde la canggih mana pun biasa-biasa je.
Tujuan perisian Blog Walking ni adalah untuk memudahkan kita melawat blog kawan-kawan setiap hari, jadi takdelah blog kawan-kawan yang tertinggal dari layari.
Perisian blog walking ni takdelah susah mana untuk digunakan, Apa yang perlu dilakukan hanyalah Add seberapa banyak link ke dalam perisian tersebut, kemudian hanya perlu klik pada link-link tersebut untuk memulakan Blog Walking. Setiap link yang di klik akan hilang dalam senarai tersebut (maksudnya telah dilawati). Setelah selesai semua link di lawati, anda hanya perlu klik Reset untuk memunculkan balik semua link tersebut.
Berminat nak gunakan perisian ini?
Nama perisian: Blog Walking
Tujuan: Memudahkan melayari blog kawan-kawan anda
Sesuai menggunakan: Windows XP (Windows versi lain belum try lagi, kalau sesiapa yang guna windows lain contohnya Vista ataupun Windows 7 dan berfungsi bolehlah maklumkan kepada aku)
Harga: Percuma jer
Latest update
Download Blog Walking version 1.5
Download Link-link blog (Letakkan satu folder dengan folder blog walking, default folder adalah di C:\Program Files\Blog Walking)
Update in version 1.5
-Add link telah diperbaiki
-Checkbox link dibahagian delete link telah ditambah untuk memudahkan delete banyak link dalam 1 masa.
*Semua yang telah download version 1.0 diharap dapat uninstall version tersebut dan pasang version 1.5 ni.
Perisian ini masih baru lagi dan mungkin terdapat beberapa ralat pada perisian tersebut. Aku juga mungkin akan meneruskan membina version 2.0 pula selepas ini sekiranya perisian version 1.0 ini mendapat sambutan menggalakkan dari kawan-kawan.
Sebarang idea ataupun komen membina ataupun masalah yang terdapat pada perisian ini silalah kemukakan pada komen di bawah ini.
Terima kasih








Komen-Komen