28 Finalis Kempen pemilihan 7 Keajaiban Dunia

by edy on August 26th, 2010

Salam all , Hari ini aku nak post pasal finalis 7 Dunia , lepas aku jengok di web member aku ( credit to MR Lepak ) aku begitu kagum sekali melihat yang ade di dunia  dan secara tak langsung aku terus meminta izin beliau untuk berkongsi maklumat ini.Terpengun aku seketika melihat keindahan semulajadi Allah s.w.t .Kempen pemilihan 7 Dunia untuk kategori alam (nature wonders) yang dianjurkan oleh New 7 Wonders Foundation telah memasuki fasa ke tiga.

n7w nature hvw 14 300x159 28 Finalis  Kempen pemilihan 7 Keajaiban Dunia

Secara rasmi kempen pemilihan 7 keajaiban alam bermula pada tahun 2007, sejurus selepas kejayaan kempen 7 keajaiban buatan manusia (new 7 man-made wonders of the world). Penyertaan melibatkan 440 pencalonan dari 220 negara serata dunia. Setelah melalui beberapa peringkat saringan, 28 pencalonan secara rasmi telah terpilih untuk memasuki fasa ke tiga, seterusnya untuk ke fasa terakhir di mana pemilihan dijangka akan dilakukan oleh hampir 1 billion pengundi dari serata dunia. Pengisytiharaan secara rasmi akan diumumkan pada tarikh 11.11.11 nanti.

Berikut antara senarai pencalonan tersebut:

teluk halong vietnam 300x127 28 Finalis  Kempen pemilihan 7 Keajaiban Dunia

Halong Bay terletak di wilayah Quang Ninh, . Teluk ini mempunyai ribuan pulau batu kapur dalam pelbagai saiz dan bentuk. Memiliki garis pantai 120 kilometer panjang, berkeluasan 1,553 kilometer persegi dan 1,969 buah pulau. Beberapa pulau-pulaunya  mempunyai gua yang sangat besar. Terdapat 200 spesies ikan dan 450 moluska mendiami perairan cetek yang menjadi sumber rezeki bagi nelayan tempatan.

uluru australia 300x127 28 Finalis  Kempen pemilihan 7 Keajaiban Dunia

Uluru (Ayers Rock) adalah salah satu ikon pemandangan alam yang paling terkenal di . Ketulan tunggal batupasir ini berketinggian 348 m dari aras laut dengan ukur keliling 9.4 km. Sebahagian besar strukturnya berada di dalam tanah. Permukaan Uluru akan bertukar warna mengikut perbezaan cahaya yang menimpanya pada setiap hari dan tahun.

pulau jeju korea 300x127 28 Finalis  Kempen pemilihan 7 Keajaiban Dunia

atau Cheju, adalah pulau volcano terkenal yang terletak di hujung semenanjung Korea dan berdekatan dengan negara Jepun. Di panggil Jejudo dalam bahasa Korea, di pulau ini terdapat gunung berapi aktif yang tertinggi di Korea iaitu Gunung Hallasan (1,950m dari aras laut).

jeita grotto lubnan 300x127 28 Finalis  Kempen pemilihan 7 Keajaiban Dunia

Jeita Grotto merupakan gua batukapur, terletak di lembah Nahr al-Kalb, 20 km ke utara Beirut, Lubnan. Di dalam gua ini mengalir sebatang sungai serta terdapat stalagmit dan stalatit dalam berbagai bentuk dan warna. Salah satu stalatitnya berukuran 8.20 m dan ini merupakan yang terpanjang di dunia.

yushan taipei 300x127 28 Finalis  Kempen pemilihan 7 Keajaiban Dunia

, sebahagian dari Taman Nasional Yushan, adalah nama rangkaian pergunungan dan titik tertinggi yang terletak di tengah-tengah pulau Taipei. Juga digelar sebagai ‘Gunung Jade’, ketinggiannya mencecah 3,952m dari aras laut. Taman ini mengandungi pelbagai flora dan fauna di mana mempunyai hutan sub-tropika di kawasan lembah dan alpine di bahagian puncak.

hutan hitam schwarzwald 300x127 28 Finalis  Kempen pemilihan 7 Keajaiban Dunia

Black Forest merupakan kawasan hutan pergunungan yang terletak di bahagian barat daya negara . Ia disempadani oleh lembah Rhine di bahagian barat dan selatan. Puncak tertinggi adalah gunung Feldberg dengan ketinggian 1,493m. Kawasan ini terkenal dengan cacing tanah gergasi yang tidak terdapat di tempat lain. Resipi termasyhur ‘Black Forest Cake‘ juga dikatakan berasal dari wilayah ini.

sundarbans india 300x127 28 Finalis  Kempen pemilihan 7 Keajaiban Dunia

Delta Sundarbans terletak di muara Sungai Gangga, adalah hutan bakau terbesar di dunia. Kawasannya tersebar di seluruh bahagian Bangladesh dan bahagian barat Bengal, India. Sundarbans mempunyai rangkaian saliran air pasang surut yang kompleks, dataran lumpur dan pulau hutan bakau air payau. Hidupan liar  di sini termasuk harimau Bengal yang terkenal, burung, rusa bintik, buaya dan ular.

finalistenmap03 300x150 28 Finalis  Kempen pemilihan 7 Keajaiban Dunia

Selain daripada itu, tempat-tempat lain yang turut tercalon adalah:

  • Grand Canyon, USA.
  • Teluk Fundy, Kanada.
  • El Yunque, Puerto Rico.
  • Air Terjun Angel, Venezuela.
  • Pulau Galapagos, Ecuador.
  • Hutan Hujan Amazon.
  • Air Terjun Iguazu, Argentina & Brazil.
  • Tebing Tinggi Moher, Ireland.
  • Gunung Matterhorn, Itali & Switzerland.
  • Tasik Masurian, Poland.
  • Gunung Berapi Vesuvius, Itali.
  • Gunung Berapi Lumpur, Azerbaijan.
  • Laut Mati, Jordan.
  • Pulau Bu Tinah, UAE.
  • Gunung Kilimanjaro, Tanzania.
  • Gunung Table, Afrika Selatan.
  • Kepulauan Maldives.
  • Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa, Filipina.
  • Pulau Komodo, Indonesia.
  • Terumbu Karang Besar, Australia.
  • Milford Sound, New Zealand.

Nota : Korang kagum tak ape yang korang lihat di atas?

P/s: Tima Kasih MR Lepak pening Lalat kerana sudi amal jariah di bulan puasa hehe

Incoming search terms:

Artikel lebih kurang:

  • Sori ler takde lagi artikel lebih kurang macam ni.

7 Responses

  1. titan says:

    kat Malaysia..takde tempat ke untuk calon-calon keajaiban dunia..gunung jerai tu tak layak ker? hehe..
    titan´s last [type] ..Edisi Siasat- Buat Duit dengan Zeerk

  2. shaz says:

    terpegun sgt2!!!
    shaz´s last [type] ..Menswear Mouse Toy DIY

  3. nash says:

    nape malaysia xder? hrap2 pasnie tercalon…
    nash´s last [type] ..Merdeka!!!!!!!!!

  4. missnumber says:

    Jeitta Grotto tu cam dalam cite harry potter arrrr.. Wa..cek nak pi..Sape nak itot angkat kening..jom..jom..haha :P
    missnumber´s last [type] ..Subhanallah!!

  5. iphud says:

    :D yaps semoga di malaysia diikutin keajaiban broth… :-D

  6. jan says:

    thax for sharing :)
    jan´s last [type] ..aku terKAKU

  7. hyprobulksms says:

    Dalam Malaysia punya tempat kenapa tidak disenarai sekali. Tak layak ke?
    hyprobulksms´s last [type] ..Keuntungan membuat blog

Leave a Reply

CommentLuv badge