Sekadar pengalaman aku

Adakah jalur gemilang mempunyai roh?

Adakah jalur gemilang mempunyai roh?

Hi all,

Aku baru lepas tengok badminton kejuaraan dunia antara beregu  KOO Kien Keat  / TAN Boon Heong melawan pasangan dari China. Nampaknya berputih mata lagi untuk mendapatkan gelaran dunia yang tidak pernah dimenangi lagi oleh mana-mana pemain . Keputusan 21 – 18, 18 – 21 dan 14 -21 ternyata mengecewakan rakyat . Apapun ucapan tahniah wajar juga diberikan kepada Koo Keat dan Tan Boon Heong kerana layak ke perlawanan akhir.

Selain itu aku ada terbaca di satu blog berkaitan yang mempunyai roh ataupun semangatnya tersendiri.

Tahun lalu pada 30 September 209 kira-kira jam 6.15 petang waktu Malaysia, satu gegaran gempa bumi yang kuat telah berlaku di bahagian Padang, Sumatera, selepas warganya sibuk menganjurkan demonstrasi ganas ‘ganyang Malasia’, membakar bendera, melempar najis oleh kumpulan buluh runcing, kumpulan bendera….

gunungsinabung 2 Adakah jalur gemilang mempunyai roh?

Dan tahun ini pula setelah kejadian yang hampir sama dilakukan keatas bendera Malaysia, Gunung Sinabung di Kabupaten Karo, Sumatera Utara (Sumut) telah meletus malam tadi sekitar jam 1.10 pagi waktu Malaysia setelah lebih 410 tahun gunung ini tidak menunjukkan tanda-tanda aktif.

Adakah peringatan bagi manusia-manusia yang sudah lupa akan Tuhan yang maha kuasa.

Adakah ianya juga satu petanda yang Indonesia juga akan diberi pembalasan serupa apabila gunung Sinabung mula meletus selepas lebih 400 tahun mendiam diri….

Sedikit sebanyak kita juga harus berfikir akan kedaulatan Negara Malaysia. Kedaulatan Raja-Raja dan Sultan yang memerintah yang menjadi penaung kepada rakyatnya.

Kepada rakyat Indonesia, lupakan sebentar hasrat untuk menganyang Malaysia…… lihat akan kebesaran Allah….. menghina, membakar, melempar najis ke atas bendera ‘Jalur Gemilang’ Malaysia perlu dihentikan sebelum Allah membalas di atas sikap bongkak, takbur dan yang paling hina sikap ‘bodoh sombong’ yang telah anda lakukan terhadap negara Malaysia yang banyak menghulur untuk rakyat Indonesia.

Jadi camne pendapat u all? adakah jalur gemilang betul-betul mempunyai roh?

Artikel penuh boleh layari di http://yanggambi.blogspot.com/2010/08/indonesia-gunung-sinabung-meletus-satu.html?spref=bl

Incoming search terms:

Artikel lebih kurang:

9 Comments
  1. eh..adake?..tak tahu pula saya

  2. salam..thank singgah..

    hurmm,Allah sendiri menyuruh kita menjaga negara,menyayangi negara sendiri..mungkin tu cara Allah nak tunjukkan yang sikap rakyat Indonesia dibenci Allah sebab menghina negara lain.Macam Israel dah,tapi versi jr la kot..hahha..Agaknya Indonesia belum hilang lagi kedengkian kat kita..biar je si Luncai terjun dengan labu2nya.. ;p
    miss chekleen´s last [type] ..ADAKAH

  3. salam persahabatan blogger borneo … :lol:
    Alex L. Setiawan´s last [type] ..Blogshop Pesta Blogger 2010 – Pontianak

  4. perdengkian ini membuatku semakin muak…

    kapankah kita bisa hidup tentram dan damai jika keadaan terus begini??
    kesehatan´s last [type] ..5 Tips Terbaik untuk Hidup Sehat Anda

  5. isy..xdenye.tu mgkn peringatan Allah kpd kita semua,bkn kpd mereka d sna je..

    org buat baik,jgn kita balas ngan taik.xyah nk dengki2 ke ape..sume yg ada pd kita milik Allah.kita ni pinjam je..
    intan junsu´s last [type] .. Berapakah umur Saidatina Aisyah ketika bernikah dengan Rasulullah

  6. huhu . ngarutla roh roh ni .

    semua kerja Tuhan , takdir-Nya ^_^
    nabilah´s last [type] ..Facebook membunuh rakyat palestin

  7. mengarut je ade roh roh ni..
    huhuhu..

    tapi kan kes sesetengah rakyat indonesia yang ‘menganyang malaysia’ tu mmg tak patut lah..
    btui, mmg bodoh sombongg..
    dekat malaysia ni berapa ramai rakyat sana yang masuk tanpa izin tu, tak payah nak cakap laa…
    yang ruginya negara kite gakk kan kan.

    peace :D
    ejaa´s last [type] ..Raya Dulu vs Raya Sekarang

  8. boleh ke kata ada roh? rasa nak gelak je…. bendera melambangkan kedaulatan sesebuah negara. tak perlu kot katakan jalur gemilang itu ada roh.
    fiza umisofie´s last [type] ..Cerita Sofie bersama begedil daging

  9. Pendapat saya? Tak perlulah sampai nak anggap ada roh ke apa, mengarut semua tu. Kalau diorang buat salah, adalah balasannya tu, cukup. Tuhan Maha Adil, serahkan pada Dia. Tak perlu nak kait dengan perkara-perkara lain, takut jejas akidah. Cuma sekadar pendapat. :wink:
    Gen Fujita´s last [type] ..Rindu yang teramat sangat

Leave a Reply

CommentLuv badge