Nuffnang hukumnya haram. Biar betul?

by edy on August 30th, 2010

nuffnang Nuffnang hukumnya haram. Biar betul?

hukumnya haram. Hah biar betul?

Untuk entry bertajuk Nuffnang hukumnya haram. Biar betul? ini aku ada 2 motif. Nak tahu apa motif aku? Ok jom baca sampai habis…

Motif 1.

Berkaitan tajuk entry ini, betul ke Nuffnang tu hukumnya haram? Motif pertama aku adalah supaya kita tidaklah makan hasil dari pendapatan yang haram kerana ianya tidak berkat . Aku bukanlah tahu sangat hukum agama ni cuma berlandaskan apa yang aku baca dan aku yakin sememangnya Nuffnang tidaklah haram disisi agama Islam begitu juga hasil pendapatan dari Nuffnang yang aku dan korang perolehi. Tetapi, ha ada tetapinya juga? Ya Nuffnang boleh jadi haram sekiranya… Tak perlu la kot aku copy paste kat sini, lebih elok korang baca sendiri di blog Ustaz Nor Amin

Motif 2

Sebab aku nak cuba jadikan blog aku ni mendapat top 10 dengan kata kunci Nuffnang dalam enjin carian google.com(tangga ke 79 setakat ini) dan google.com.my (tangga ke 45 setakat ini). Hehe agak-agak boleh tercapai tak?. Nak kata aku nak bodek nuffnang ke apa ke lantak la tapi yang lebih utama sudah semestinya tujuan aku untuk SEO (Search engine optimize).

P/S: Aku tension sebenarnya sebab aku tak pernah dapat BE (Buffered Earning kot) dari Nuffnang dan juga dalam seminggu income aku hanyalah bawah RM10 sahaja. Walaupun tension namun buat masa ini aku tak akan mengalah atau merajuk dengan Nuffnang dan aku akan cuba usaha lagi untuk mendapatkan hasil yang positif dari Nuffnang. Cuma kalau dah terlalu lama berusaha dan gagal juga…manusia mana yang mampu bersabar ye tak?

Incoming search terms:

Artikel lebih kurang:

  • Sori ler takde lagi artikel lebih kurang macam ni.

49 Responses

  1. Mawardi says:

    Mau juga saya dapat earning

Leave a Reply

CommentLuv badge